Ya Allah, kuatkanlah hati, kuatkanlah semangatku ini seandainya ini adalah yang terbaik Kau berikan padaku. Pinjamkan lah sedikit kekuatan agar diri ini dapat bangkit kembali dan terus bersemangat seperti dahulu.
Wahai Yang Maha Mengetahui, seandainya Kau tahu bahawa perkara ini memberi keburukan padaku
di kemudian hari, aku redha dengan ketentuan ini. Pohon diri ini, agar diberi secebis kekuatan agar aku mampu bangkit dan bersemangat kembali untuk mencorak kembali masa hadapanku.
Aku tahu, apa yang kurasakan baik tidak semestinya baik untukku. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui
segalanya. Ya Allah, semoga Kau dapat mengurniakan kejayaan untukku di kemudian hari. Amin
Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak.
Al-Baqarah, ayat 216.
No comments:
Post a Comment