Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana Allah memberikan kesempatan untuk ku merasai nikmat yang terindah di ramadan yang mulia ini....
Dalam hidup ini terlalu banyak ujian yang melanda, setiap ujian itu mempunyai hikmah di sebaliknya ......Siapa tahu rahsia Allah , kita perlu bersangka baik pada Yang Maha Esa...
Ayah aku redha dengan pemergian mu ayah...aku sentiasa doakan kebahagiaan mu di sana..Pemergian mu ayah merubah segala2 dalam hidup ini ayah....membuatkan hidup ini tidak seceria seperti dulu ayah....tidak tahu apa salah diri ini...diperlakukan seperti sampah, binatang
Manusia di dunia ini tidak puas untuk membuat aniaya sesama manusia...mereka berani memperlakukan diri ini seperti binatang, mereka tidak takut ayah kerana mereka tahu ayah sudah pergi mengadap Illahi..mereka tidak takut dengan hukuman Allah..kerana itu meraka sanggup memperlaku diri ini seperti ini ayah...Kejam nya mereka..titisan air mata ini mudah sahaja mengalir,.Namun tidak mengapa ayah ,aku yakin Allah sentiasa bersama diri ini memberi kan aku kekuatan dan semangat
Firman Allah S.W.T setiap taubat dan perbuatan penganiayaan manusia lakukan tidak akan terampun selagi mana orang yang teraniaya itu tidak memaafkan kesalahan mereka.
Aku mengharapkan ada pembalasan yang setimpal dengan perbuatan mereka di dunia dan di akhirat nanti..InsyaAllah selalu ada dalam sujud terakhir dan doa ku..amin
Al-fatihah buat ayah lelaki yang paling ku cintai .
Ayah doa kan saya ayah disana semoga keadilan dan kebenaran berpihak kepada anak mu
yang selalu mengharap ada sinar untuk mereka menginsafi berbuatan kejam meraka itu dan kembali menebuskan kesalahan untuk ku
amin.
No comments:
Post a Comment