Syukur alhamdulillah sebagai seorang hambaMu Ya Allah kerana Engkau tidak pernah memandang rupa, kaum keturunan, darjat dan pangkat untuk menerima taubat seorang hambaMu Ya Allah...aku insan yang kerdil Ya Allah yang tak terpernah terlepas dari melakukan silap..namun Ya Allah aku cuba berusaha menjadi insan terbaik sebagai khalifah di muka bumi ini . Ya Allah aku mohon kepada mu kuatkan iman hambaMu ini dalam menjalani kehidupan ini Ya Allah .. bimbing lah hamba Mu ini agar tidak tersasar kelembah yang hina.
Ya Allah hambaMu ini memohon kepada Mu, lindungi lah dia, bimbing lah dia, jaga lah dia agar dia menjadi seorang hambaMu yang beriman dan soleh kelak nanti. Sesungguhnya kepada Mu hamba memohon.
amin.
Hati Hiba Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa
Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah Taubatku Ini
Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan
Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan
Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima
Mudah-mudahan Allah s.w.t menerima taubat atas kesilapan dan dosa2 yg kite lakukan. InshaAllah
sesungguhnya Dia lah penerima taubat.
perjalanan hidup ini kite tidak tahu sebanyak mana kah amal yg kite lakukan..sebanyak mana dosa yag kite lakukan...apakah ianya bertambah adakah ianya berkurangan. apapun berdoalah memohon keampunan Allah s.w.t slagi mana pintu taubat masih terbuka..kita tidak tahu bila ajal datang menjemput kite apakah sebentar lagi, adakah esok..adakah kite sudah bersiap sedia menghadapinya..
apapun fikir2kan lah. sesungguhnya mati itu pasti...renung2kan.
No comments:
Post a Comment