Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku mulakan hari ini dengan doa moga2 Allah s.w.t mempermudahkan urusan dan perjalanan ku setiap hari dan masa....amin
Doa Memulakan Hari
"Ya Allah ! Ya Tuhan kami,
Pada hari ini, kami menadah tangan
memohon restu perkenan daripadaMu,
jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami,
hari kesinambungan untuk kami mengejar
dan memperjuangkan cita-cita murni
kami.”
“Sesungguhnya Ya Allah!,
jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah,
berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik,
dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan
dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan
daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.”
“Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah
dan yang akan kami laksanakan sebagai
suatu ibadah kepada Mu jua.
Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!,
kerana diberi masa untuk terus
hidup, menerokai alam yang penuh
dengan khazanah yang engkau
ciptakan untuk kami memikir dan
mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu.
Jadikanlah penghidupan kami ini
sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan
dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.”
“Ya Allah ! Ya Rahman! Ya Rahim!
Engkau satukanlah hati-hati kami,
agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu-padu,
hormat menghormati serta percaya mempercayai,
berikanlah kami kekuatan tenaga
dan akal fikiran juga kesabaran
dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan,
pimpinkanlah kami agar kami tahu
mensyukuri nikmat yang telah
Engkau kurniakan kepada kami,
juga pimpinkanlah kami ke atas
melakukan perbuatan-perbuatan baik dan
usaha-usaha yang murni yang Engkau
redai serta masukkanlah kami ke dalam
lingkungan hamba-hambaMu yang solihin
iaitu dengan rahmatMu jua Ya Allah!”
“Ya Allah Ya Robbul Alamin !
Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah
petunjuk Engkau dan peliharalah kami
daripada perkara-perkara yang menyebabkan
kebodohan dan kerosakan diri kami sendiri,
selamatkanlah kami daripada
sifat-sifat keburukan hawa nafsu
kerana ia adalah sejahat-jahat musuh.
Lindungilah kami daripada kesesatan hati ,
kelalaian, kepapaan , kehinaan, kemalasan,
beban hutang, kemiskinan dan segala
sifat- sifat yang tidak Engkau redai
seperti sifat lara yang sia-sia dan membuang masa.”
“Ya Allah!, Engkau perbaikilah
kami di atas urusan agama
kami yang menjadi sandaran
segala urusan kami, engkau
perbaikilah dunia kami
yang menjadi tempat penghidupan kami,
perbaikilah akhirat kami di mana kami akan dikembalikan.
Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami
sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami.”
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini
iaitu tercapai objektif atau matlamat pekerjaan,
mendapat kemenangan terhadap musuh,
mendapat cahaya memberi petunjuk ilmu dan
pekerjaaan, mendapat berkat kemurahan rezeki
yang halal lagi baik, mendapat hidayah agar
tetap mengikut petunjuk dan menjauhi hawa nafsu
dan aku berlindung kepada-Mu dari segala kejahatan
yang ada pada hari ini dan segala kejahatan yang ada
selepas hari ini."...amin.

Perjalanan hidup ini masih jauh, banyak rintangan,
halangan dan cabaran yang perlu aku lalui..
telah aku temui pelbagai jenis budaya, perangai,
sikap manusia bermacam2 ragam adanya..
Pelbagai ujian yang aku terpaksa tempohi satu demi satu, semoga Allah memberikan aku kekuatan, kesabaran dan
semangat menempuh hari2 yang akan datang..
Ya Allah ,tanamkan lah sifat2 penyabar dalam diriku..
agar hati ini sentiasa tenang selalu..amin.
agar hati ini sentiasa tenang selalu..amin.
THINK POSITIVE ALYA!!!!
No comments:
Post a Comment