Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar, hari ini merupakan hari yang terakhir aku di tugaskan di department O & G (OBSTETRICS & GYNECOLOGIST) iaitu pakar sakit puan..selama aku di tempatkan di sini terlalu banyak pengalaman yang aku perolehi ketika pelbagai situasi patient yang datang,pelbagai ragam..aku cuba belajar menjadi seorang yang professional, bertanggungjawab terhadap patient ku......sebak rasa nya hati ini untuk meninggalkan mereka semua......apapun aku yakin setiap semua yang terjadi itu ada hikmah d sebaliknya...........bersyukur dapat mengenali mereka semua, sangat2 baik pada diri ini dan tidak pernah jemu, memberi ku kekuatan, semangat d saat aku lemah.......Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau mengirim kan orang2 yang baik bersama ku..
Bak kata My manager: Apapun yang berlaku di dalam dunia ini semua nya bersebab mengapa ianya terjadi, dan apapun yang terjadi jadikan lah ia sebagai 1 cabaran dalam kehidupan ini.
Ya Allah
dalam kembara ini Kau mengajarku erti tawakal
pada lambungan dan lenturan awan
ada takut dan harapan
ada cemas dan tenang
Ya Allah....
terlalu rapuh rupa-rupanya imanku pada-Mu
terlalu jauh penyerahanku pada-Mu
aku takut Ya Allah....
di mana aku di sisi-Mu?
Ya Allah...
pimpinlah aku
didiklah aku
terimalah aku
sebagai hamba-Mu yang yakin
selalu menyerah kepada Mu
dalam apa jua keadaan
di mana jua kedudukan
yang kuharap hanya Kau
rahmat dan pembelaan-Mu
kemudi hatiku kian longlai
pelayaran ini terlalu panjang
kembara seakan tak berhujung
aku lelah.......
Kaulah yang Maha Gagah
pada kelemahan dan keletihan ini..
Kupohon Kau pulihkan
berikan lah aku kekuatan
untuk kuteruskan perjalanan ini
amin
.............................................................................................................................................................amin
No comments:
Post a Comment