My Blog List

Tuesday, June 11, 2013

UJIAN ITU NIKMAT




Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana masih diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam sebuah kehidupan.... sedar tak sedar dah  sudah masuk 8 hari aku di tugaskan di medical department O&G iaitu  di  bahagian pakar sakit puan...terasa beratnya tugas dan tanggungjawab aku di sini....terlalu banyak harus aku lalui perkara2 baru yang tidak pernah aku tahu sebelum ini......terasa bagaikan diri ini kosong bila berhadapan dengan patient...aku tak tau apa yang harus aku lakukan ........memang betul2 stress....macam nak berhenti je tp terpaksa bertahan...jika aku berhenti banyak prosedur yang harus aku lalui kerana ianya melibatkan undang2.... itu semua hanya Allah yang lebih tahu betapa beratnya tugas aku di sini.....



Apapun itu ujian itu nikmat yang tak ternilai buatku......
Ya Allah jd kan aku seorang yang benar2 ikhls dalam melakukan sesuatu tugas
Ya Allah jd kan aku seorang yang penyabar dalam menghadapi situasi kerja ini
Ya Allah jd kan aku seorang yang tidak mudah patah semangat dalam mengharugi ujian Mu ...... mudahan dengan doa, zikrullah dan alunan ayat2 suci al-quran Mu Ya Allah membuatkan aku lebih berasa tenang dan damai nya di hati ini..amin.




gambaran pantai yang membiru dan tumbuh-tumbuhan yang kehijauan.............terasa kedamaian di hati ini....apapun hadapinya dengan senyuman...(^_^)

1 comment: