Terkadang kita lupa apakah tujuan sebenar hidup kita ini dan di manakah akan berakhirnya hidup kita ini. Semakin hari semakin jauh kita dari Allah swt dan tidak kurang juga mereka yang bergerak mencari Allah, mendekat kepada NYA. Hal ini semua berlaku kerana kita hanya hamba Allah yang semuanya sedang di uji dengan keseronokan dunia. Hanya segelintir yang menyedari dirinya sebagai hamba akan berusaha untuk merubah diri menjadi hamba yang terbaik.
Aturkan lah setiap langkah kita itu dengan baik. Pastikan setiap tingkah kita itu adalah hanya untuk mendapatkan redha Allah. Niat lah begitu dalam hati kita. Apabila tersematnya niat sebegitu, insyaAllah apa sahaja yang berlaku sama ada baik atau buruk, kita masih lagi punyai rasa ketenangan dalam melaluinya. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara.
renunglah sejenak, ingatkan kembali pada diri kita tentang kehidupan ini hanyalah sementara. Seronoknya tidak berkekalan. Yang penting, berusahalah menjadi hamba yang terbaik. Walaupun pernah kita melakukan dosa penuh se isi bumi ini, peluang untuk menjadi yang terbaik itu selalu ada. Marilah kita berubah dan sentiasa bergerak mencari redha Allah. Kerana itu lah tujuan utama hidup ini. Bergeraklah kita, mencari redha Ilahi.
................................................................................................................
No comments:
Post a Comment