Bismillahirrahmanirrahim
Pembuka
bicara...alhamdulillah bersyukur kepada Nya kerana masih diberikan kesempatan
untuk terus bernafas dan meneruskan perjuangan sebagai khalifah Allah s.w.t di
muka bumi ini...........
Kita sebagai manusia sering
kali leka, namun sering kali membezakan antara satu sama lain dengan
membandingkannya...sedar kah kita, hebat sangat kah kita ini sehingga sanggup
mempersendakan dan memperendah kan orang lain hanya semata2 kita rasakan kita ini
HEBAT DAN BAGUS!!!
Renungan dari ayat ini
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya
di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLAH
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu). (al-Hujurat: 13).
Orang yang cantik, tidak akan mengaku dirinya cantik
tetapi selalu merasa dirinya perlu banyak bersyukur
kerana kekuasaan Allah
Orang yang baik, tidak akan mengaku dirinya baik
tetapi selalu merasa dirinya perlu banyak melakukan
kebaikan (pahala)
Orang yang bijak, tidak akan mengaku dirinya bijak
tetapi selalu merasa dirinya perlu banyak belajar
dan boleh berkongsi ilmu sesama insan
Orang yang bersedekah, tidak akan mengaku dirinya bersedekah
tetapi selalu merasa dirinya perlu banyak beramal soleh
agar sedekahnya di terima tuhan
Orang yang ikhlas, tidak akan mengaku dirinya ikhlas
tetapi selalu merasa hanya Allah yang boleh menilai
segala keihklasannya
Orang yang soleh dan solehah, tidak akan mengaku dirinya soleh dan solehah
tetapi selalu merasa dirinya masih kurang menjalankan perintah Allah
Kerana ini adalah satu pahala untuk menyedarkan
sesiapa yang masih dalam mimpi, moga -moga amalan kita diterima Tuhan
dan yang paling pasti sebelum kita menuding jari ke arah orang sebaliknya
kita perlu muhasabah diri sendiri, kerana jari yang 1 ini apabila ditunding
ke arah orang akan berbalik kepada kita dengan berganda
Aku mungkin tak seindah bulan yg bercahaya terang.. Tetapi aku bisa menjadi
setenangnya.. Aku mungkin tak seindah salju putih yg indah dipandang, Namun aku
bisa menjadi sedinginnya... Aku mungkin tak seindah bintang yg berkedipan..
Tapi aku bisa menyinari yg lain sepertinya
No comments:
Post a Comment