TERIMA KASIH MAMA ,TERIMA KASIH ABAH
MAMA,ABAH
teramat besar pengorbananmu terhadap diriku ini
penat lelah menjadi rutin harianmu
pergimu diwaktu pagi dan pulangmu diwaktu malam
semata-mata mencari sesuap nasi buat kami anak-anakmu
terlalu tinggi nilai kasihmu abah,mama
hingga diri ini begitu kagum padamu
dengan kecekalanmu
dengan kesabaranmu
dan dengan kegigihanmu
semua itu mengajar aku dengan apa yang dinamakan kasih seorang mama,abah
kesakitanmu hanya dirimu yang menangungnya
tidak sekali pun dirimu khabarkan pada anak-anakmu
aku tahu semua itu pasti kerna dirimu tidak mahu
anak-anakmu risau akan dirimu
dan diwaktu itu dirimu hanya melakar
wajah kegembiraan walau kesakitan dirimu dikau pendamkan
mama,abah
walaupun kita bertemu hanya seketika
tapi segala kenangan kita akan kukenang sampai kesudah
senda tawamu tidak pernah sirna dek ditelan masa
wajah riangmu masih segar di rak ingatanku
dikaulah abah dan mama yang selalu kurindu
yang dulunya seringkali mendakapku
dan menyuap nasi kemulutku
bahagianya bila buku kenangan itu tersingkap
bagai aku mengulang masa kenangan lalu bersamamu abah dan mama
mama, abah
dikaulah hadiah yang terindah buat diriku ini
yang sentiasa melayan segala ragamku
yang sentiasa memberi apa jua pintaku
walau ianya sesusah manapun
dikaulah abah dan mama yang terbaik dalam hidupku
abah,mama
kerinduan ku terhadapmu
sukar untuk ku bendung
kerna ku terlalu menyayangimu selalu
TERIMA KASIH ABAH MAMA
Semoga Allah s.w.t menempatkan mu di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.
al-fatihah
......................................................
I miss you mama abah
No comments:
Post a Comment