Aku masih hamba yang lemah, masih banyak kekhilafan…
Menangis diri ini tatkala berdosa kepada-Nya..
Tidak layak ku mendapat panggilan itu..aku masih belajar..dalam pengajian yang betul2 ku ingin pelajari.
Tatkala aku bersujud..merintihku kepada-Nya..
Masih banyak yang perlu aku perbaiki diri ini..
Buat teman-temanku…
Ketahuilah..diriku hanya insan yang lemah..penuh kekhilafan..andai ku ada melakukan kesilapan..tegurlah daku..
Buat pembaca..
Tidak semestinya, dia bertudung labuh itu alim seperti ulama, tetapi dia juga insan biasa yang masih dalam rangka mengejar cinta-Nya. Tidak kira siapa dia..kita siapa…yang pasti kita semua adalah sama..sama2 menjadi hamba-Nya.
Pastikan setiap apa yang kita lakukan, jika ditanya di akhirat, kita ada jawapan untuknya.
Wahai muslimah,
Tutuplah auratmu walau bagaimana jua pun, asalkan menutup aurat. Maaf andai ada yang terasa..yang utama, kita tutup aurat..kan?Walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.
Ingatlah..
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
“ Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-sinar, tetapi tidak dapat melihat apa-apa”.
Wahai muslimah..
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari Si Soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah.
Mari kita menjadi generasi perindu syurga…
Jika syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang, jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..
Akhir kalam..
Diri ini memohon maaf..andai sepanjang penulisan ini, ada membuatkan hati-hati terluka dan terguris. Penulisan kali ini hanyalah satu perkongsian pengalaman dalam hidup penulis. Ambillah apa yang baik, dan tinggalkanlah apa yang tidak baik.
No comments:
Post a Comment